Total Pageviews

Sunday, July 3, 2011

Apam oh Apam Pelangi

Semenjak dua menjak ni teringin nak makan apam..tp pagi2 x sempat nak beli..so dr semalam search resepi apam..Mcm2 nama apam skrg ni kan, apam gebu,apam tepung gandum ,apam tepung beras, apam eno, apam yogurt dan yang terbaru aku tgk apam polka dot (basicnya mcm kek jer,siap ada filling lagi)..
So aku cr resepi paling mudah...terjumpa la satu ni.."APAM WARNA WARNI"..

Aku pun keluar g cr bahan2nya..memandangkan resepi tu guna tepung beras,aku pun beli la tepung berasss...
Lg satu aku suka gunakan resepi yg ni sbb x pakai telur, boleh la anak dara & suami makan nanti..g kedai beli bahan2 nya..sampai kat parking kete tup tup teringat la pulak..kelapa parut x beli..Hampeh!kena keluar balik la pas ni..tp xper demi semangat yang membara banyak kali g kedai pun x kisah la..

Aku ni suka makan, suka mencuba resepi2 masakan..tp selalu x menjadi..sentap mak nok!..tp xper belajar perlahan2..semoga apam pelangi ni menjadi lah..leh buat sajian petang ..Pukul 2ptg..siapkan bahan2 asas ,blender apa yang patut sbb adunan ni kena perap 4-5jamm(ishh x dapek den nak perap begitu lamo).So perap 2 jam jer...kul 4ptg bermula lar aksi kukus mengukuss...

Tadaaaaaaaaa..inilah hasilnyaaaa...

                                                                               Sebelum
                                                                        Selepas 20 minit

                                                      Hasilnya selepas diletak kelapa parut

Nak masak apam ni x susah, mudah jer..kepada yang nak mencuba disini ada resepinya:

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1 cawan gula (agak manis jugaklah, so sape yg x suka masnis kurangkan lah yer)
1tsp yis kering
1 paket ENO

Cara-cara nya:

1) Blender nasi+air sampai hancur
2) Masukkan yis+tepung+gula
3) Perapkan adunan 4-5jam (untuk hasil yg lebih cantik, tp aku perap 2 jam jer
4) saper nak kalerful tambahkan pewarna dalam adunan yg telah diperap td
* Selepas adunan diperap,jangan lupa letakkan ENO dan kacau hingga sebati.
5) Tuangkan adunan kedalam acuan kuih lompang,tp aku guna loyang sbb kat umah xde adunan kuih lompang.
6) Kukuskan apam sehingga masak ,kebiasaannya 20-30minit.
*Ada petua soh balutkan tutup kukus ngan towel sbb takut air jatuh dalam adunan..
7) Dah siap ,taburkan kelapa parut yg telah dicampur dengan sedikit garam.

haa..nikmatilah kuih apam pelangi ni biler2 masa sahaja..Selamat mencuba!

3 comments:

  1. kena letak nasik???tak pening ke latak eno?hahhaha.

    ReplyDelete
  2. x pening la..ENo tu nak bg dia lembut..kena letak nasi sbb yg ni x guna tapaii

    ReplyDelete